Siapa Diluar?
Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggir kampung sedang sakit berat. Dia sedang terbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.
“Siapa di luar?” teriak orang tua itu dengan ketakutan.
“Saya Malaikat Maut!”
“Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!”
Diam Ketika Makan
Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.
Anak : “Ayah, di…”
Ayah : “Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!”
Setelah selesai makan…
Ayah : “Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?”
Anak : “Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!”
Janda Yang Dahaga
Di sini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami…. Mira seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Mira tidak pernah melayan kerana pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya… Walaupun…. hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam … Rasa sepi
hatinya tiada siapa yang tahu… Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi…. beliau bangun dari katilnya… badannya terasa panas….
Tekaknya terasa haus…. beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.. sampai di dapur… beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk…. beliau tuang ke dalam cawan dan meminumya…
Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula… Sekian terima kasih, itulah kisah seorang janda yang dahaga……….. Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer.
Ha…haa…haaa….
Lupa Jalan Pulang
Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan. Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan, berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelefon Doktor Sin Chan. “Tapi sayer ader masalah besar nih….” katanyer. “Apa masalah awak?” DOKTOR bertanyer….. “Macam mana saya nak balik doktor,
Skang nie,….saya berada 480km dari umah……..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan