SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Khamis, Februari 03, 2011

FILEM MELAYU MAKIN LAYU

Aduh..mesti ramai yang marah ngan aku kali ni. Tapi hakikat yang perlu diterima. Produser filem Melayu tak de tanggungjawab sosial. Dan terlalu mengejar keuntungan. Nape aku cakap macam tu? Ok.. Baca situasi seterusnya...

Sebenarnya aku baru je tengok satu filem Mandarin kat TV3. Kalau tak silap tajuknya Ip Man. Motif filem: Aku tak berapa pandai nak cerita tapi pada aku cerita ni mampu menaikkan semangat nasionalis dan jati diri bangsa tersebut. Aku yang bukan bangsa tu pun 'naik semangat' apatah lagi kalau yang menonton tu berbangsa Cina. Kisah perjuangan seorang ahli kung fu menentang penjajahan Jepun era Perang Dunia.

Balik ke Malaysia. Berapa kerat sangat filem yang mampu membentuk nasionalis dan jati diri bangsa kita? Boleh kira ngan jari. Bukit Kepong, Sarjan Hassan dan yang terbaru rasanya Leftenan Adnan. Tu pun dah diterbitkan hampir 10 tahun lepas. Sekarang asal filem baru je mesti temanya seram, cinta dan lawak bodoh yang pelakonnya terpaksa jadi bodoh nak buat orang lain ketawa. Kalau drama pulak cerita orang-orang kaya, datuk datin, dan tema-tema lain yang sekadar picisan je.

Sebenarnya banyak filem bangsa asing yang membangkit semangat nasionalis dan jati diri bangsa tersebut. Antaranya Ong Bak. Filem Thai yang tunjuk semangat orang Thai lawan bangsa penjajah. Filem Lion Of The Desert; kisah perjuangan Omar Mokhtar, pahlawan Islam menentang diktator Itali, Bennito Mussolini.

Filem Melayu??? Layu... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan