SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Jumaat, Februari 25, 2011

PENDEKAR AZIZULHASNI AWANG

Kayu sepanjang 20 cm menembusi betis Azizul
Bayangkan kalau kayu tu tembusi betis kamu..Apa tindakan kamu?
a. Menangis
b. Menjerit
c. Naik ambulans
d. Cabut kayu tu
e. Jerit "Mak!!!"
f. Biarkan je, pastu terus kayuh basikal tu

Ok tak perlu susah2 nak jawab. Kemalangan ni menimpa Azizulhasni, pelumba trek sensasi negara dalam Kejohanan Dunia di Manchester baru-baru ni. Tindakan beliau?

The Pocket Rocketman mengambil satu tindakan luar biasa dengan bangun dan meneruskan kayuhan sehingga mampu mendapat pingat gangsa. Daripada 6-7 orang pelumba yang terbabit kemalangan, cuma Azizul dan seorang pelumba lain yang tidak mengalami kecederaan serius bangkit dan menamatkan perlumbaan. Pelumba-pelumba lain tidak mampu mencecah penamat walaupun kecederaan mereka tidak serius berbanding Azizul.



Hasilnya, dengan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga Azizul masih mampu mengekalkan kedudukan ranking pertama dunia acara keirin (Jersi Putih), di depan musuh tradisi Sir Chris Hoy.

Inilah atlet yang kita cari. Atlet bersemangat pendekar sebagaimana dilabel sesetengah media, atlet yang komitmen 110%, waja dan aku sendiri pun tak tau perkataan apa lagi yang sesuai untuk menggambarkan kecekalan beliau. Malah, sewaktu dalam kesakitan tersebut Azizul masih sempat menyatakan yang beliau nak muncul johan Sukan Olimpik London 2012

AZIZUL NELANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan