SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Selasa, Mac 22, 2011

PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Rajah 1.1 Menunjukkan lakaran organ dan bahagian tubuh badan kita.







Rajah 1.1: Tubuh manusia

Mengenali fungsi organ dan bahagian tubuh badan adalah penting supaya kita tahu bagaimana untuk menjaga dan menghargainya. Jadual 1.1 mengandungi sinopsis organ-organ utama tubuh badan, kedudukan di dalam tubuh serta fungsinya.






Jadual 1.1: Kedudukan dan Fungsi Organ


OrganKedudukanFungsi
OtakTerletak di dalam ruang tengkorak
Memuatkan pusat-pusat (intelek, fikiran, ingatan/kuasa kemahuan) yang mengawal aktiviti-aktiviti tubuh.
Paru-ParuTerletak di dalam ruang toreks
Membawa masuk udara beroksigen ke dalam tubuh dan membawa keluar karbon dioksida serta wap dari darah.
Jantung
Terletak pada belakang tulang dada di dalam ruang toreks di antara paru-paru.
Mengepam dan mengalirkan darah ke seluruh tubuh serta mengekalkan aliran atau peredaran darah setiap masa.
Perut
Perut bersambung terus daripada kerongkong. Ia bergantung bebas di bahagian atas sebelah kiri dalam ruang abdomen.
Ia menerima bahan makanan daripada kerongkong dan menyimpan buat sementara waktu untuk dilembutkan dan dihadamkan.
Hati
Terletak di bawah otot diaphragm dalam ruang abdomen.
Menghasilkan cecair hempedu dan bahan yang terdapat di dalam darah seperti serum untuk perkumuhan serta metabolisme.
Buah PinggangTerletak di dinding belakang abdomen
Membuang air yang berlebihan dalam tubuh. Membuang hasil perkumuhan seperti urea dan asid urik.
Mengawal kepekatan atau kuantiti bahan yang terkandung dalam darah.



Sumber: Modul HBHE2203 OUM

1 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian ilmu yang banyak membantu saya ketika menghadapi saat peperiksaan

    BalasPadam