SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Isnin, Januari 03, 2011

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2011-DALAM DILEMA

Kota Tinggi, 3 Januari 2011- Seramai 173 orang murid memulakan sesi persekolahan 2011 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Pengelih pada tahun ini. Alhamdulillah aku dianugerahkan kekuatan dan kesihatan untuk terus berbakti pada anak bangsa.

Namun begitu, tidak sedikit pengorbanan dan kesukaran yang aku hadapi dalam menjalankan tugas di sini. Tersepit di celah permasalahan, aku gagahkan kaki dan menguatkan iltizam untuk hadir bertugas.

Permasalahan yang aku sebutkan tadi ialah kerana jarak yang memisahkan aku dengan isteri. Setelah melangsungkan perkahwinan pada 18 Mac 2010, aku bertugas di sini manakala isteri nun di Kuala Terengganu. Jarak yang memisahkan antara kami ialah sejauh 638km.

Permohonan aku untuk bertukar ke Terengganu, masih belum diluluskan. Entah di mana masalahnya aku sendiri sukar menetukan. Setelah hampir 14 tahun berkhidmat di negeri orang, keinginan untuk balik kampung begitu meluap-luap. Apatah lagi, Insya Allah awal Februari nanti aku akan bergelar bapa (isteri dijangka bersalin 8 Februari 2011).

Pada aku, bukan jarak sejauh 638km yang menjadi masalah utama. Masalah besar yang aku hadapi ialah aku tiada ruang, peluang dan masa yang bersesuaian untuk menjengah isteri dan bayi kami yang bakal lahir. Permasalahan ini timbul kerana pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan, aku terikat untuk menghadiri kuliah pengajian di Open University Malaysia (OUM) di Johor Bahru. Minggu kedua dan keempat pula terpaksa hadir ke sekolah untuk aktiviti sama ada kokurikulum, gotong-royong, mesyuarat, kursus dan pelbagai aktiviti lagi. Jadi, di mana ruang untuk aku bersama keluarga? Jawapannya tiada..

Keadaan ini yang terpaksa aku hadapi sepanjang tahun 2010. Kepada pegawai-pegawai yang selesa di kerusi empuk di bilik berpendingin hawa, fikirkan juga masalah orang lain dalam merencana dan menjayakan segala perancangan anda. Bila sudah mendongak langit, jangan lupa untuk tunduk pada rumput yang dipijak.

Pernah beberapa kali terlintas di fikiran aku untuk berhenti meneruskan pengajian di OUM. Mungkin ini keputusan terbaik yang mampu aku lakukan demi untuk sebuah ikatan bergelar RUMAHTANGGA.

(coretan ini adalah mengenai apa yang aku rasa dan alami. tidak berniat untuk menyindir dan menjatuhkan sesiapa. tidak juga untuk menagih simpati sesiapa. cukup sekadar memahami)

1 ulasan: