SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Isnin, Januari 03, 2011

KAWAN ATAU MUSUH?

Hari ini 3 Januari 2011, sesi persekolahan dibuka semula setelah bercuti panjang. Tiada perkara luar biasa berlaku di sekolah aku, SK. Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor. Cuma ada terdengar tangisan dari seorang murid. Bila aku tinjau, tangisan tersebut datangnya dari seorang murid Pra Sekolah.

Pemandangan biasa pada hari pertama persekolahan setiap tahun ialah kehadiran ramai ibu bapa menemani anak masing-masing. Macam-macam gelagat dapat aku perhatikan tapi pada aku tiada yang menarik perhatian. Sempat berbual dengan beberapa orang kaum bapa yang aku kenali, terdiri daripada anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) kem KD Sultan Ismail.

Ada seorang kenalan, yang juga merupakan bapa kepada salah seorang pelajar menyapa aku bertanyakan keadaan aku yang berjalan terhencut-hencut. Mendengarkan jawapan dari mulut aku puncanya kerana terjatuh semasa satu pertandingan badminton, dia secara sukarela menawarkan diri untuk mengurut kaki aku. Aku yang sememangnya dalam keadaan menanggung kesakitan (sehinggakan untuk menekan klac kereta pun menjadi terlalu sukar dan sakit) tanpa berfikir dua kali terus bersetuju.

Dan seperti dijanjikan, tepat jam 6.00 petang dia terpacul di depan rumah aku. Alhamdulillah, walaupun kesakitan masih terasa tapi yang lebih utama bertambah seorang kawan. Nak cari kawan bukannya susah dan nak cari musuh juga satu perkara yang mudah. Hakikatnya, tepuk dada tanya selera. Apa yang kita cari?Kawan atau musuh??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan