SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Khamis, April 28, 2011

TERENGGANU, T-TEAM MENANG BERGAYA

Perlawanan Liga Super malam tadi menyaksikan dua pasukan Terengganu menang berdepan lawan masing-masing.

Dalam pertemuan di SSINS Kuala Terengganu, pasukan T-Team menang ke atas Kedah 3-1. Prestasi T-Team yang tidak konsisten turut menyebabkan kehadiran penonton membabitkan pasukan T-Team tidak konsisten berbanding pasukan Terengganu.

Gol-gol T-Team telah dijaringkan oleh Indra Putra, Shamsul Kamal Mohamad dan Zairo Annuar Zalani.

Pemain T-Team, Farhan mengasak pemain Kedah yang menunjukkan aksi tumbukan terbang dalam pertemuan dengan Harimau Muda minggu lepas

Zairo merembat cantik untuk gol ketiga T-Team
Pertemuan di Stadium Likas membabitkan pasukan tuan rumah Sabah menentang Terengganu. Sabah terlebih dahulu di depan sebelum Terengganu membalas dengan dua gol dalam masa 2 minit menerusi Abd. Hadi Yahya dan Wan Aliff Jasmi.

Pertemuan berlangsung tegang apabila pemain Sabah membantah keputusan pengadil yang enggan menghadiahkan penalti di hujung saingan kerana mendakwa bola terkena tangan pemain Terengganu dalam kotak penalti. Pengulas radio Sabah juga dikatakan terlalu emosional apabila menyatakan "alang-alang sudah kalah, lebih baik bergaduh". Menurut sumber lagi, pengulas radio tersebut juga melaporkan penjaring gol kemenangan Terengganu, Wan Aliff patah kaki dan terus dikejarkan ke hospital. Tahniah kepada pasukan Terengganu dan T-Team.

Namun, apa yang dikesali ialah sikap pemain dalam Liga Super. Skill dan teknik pemain untuk sesetengah pasukan adalah koman. Tapi mempunyai sikap yang ganas dalam padang. Minggu lepas, pemain Kedah menumbuk seorang pemain Harimau Muda A. Tumbukan sambil terbang yang menyebabkan kecederaan yang agak serius kepada pemain Harimau. Ini kah sikap pemain apabila mengalami kekalahan? Bodoh!!! 

Carian:
Harimau Muda A 1-1 Negeri Sembilan; T-Team 3-1 Kedah; Felda United 0-0 Johor FC; Perak 5-3 Kuala Lumpur; Perlis 1-2 Pahang; Kelantan 1-0 Selangor; Sabah 1-2 Terengganu.

credits to ganusoccer.net