SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Jumaat, April 08, 2011

FRIENDLY BOLA SEPAK

Memasuki fasa pra pertandingan, team bola sepak SK. Seberang Takir telah mengatur beberapa siri perlawanan persahabatan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Bola Sepak MSSD KTU pada 10-12 April nanti.

Perlawanan persahabatan sulung bermula dengan menentang team SK. Teluk Ketapang pada 5 April. Tewas 0-2 (away game) bukan kayu ukur tahap sebenar kerana perlawanan ini sekadar untuk menguji posisi player.
Antara aksi pemain kedua-dua pasukan

Pengurus, Penolong Pengurus, Jurulatih dan Penolong Jurulatih membakar semangat player semasa rehat first half.

Tewas game pertama, perlawanan persahabatan kedua diatur dengan SK. Kompleks Seberang Takir pada 6 April; juga away game. Keputusannya menang dengan jaringan selesa 4-1.

Harap-harap momentum kemenangan berterusan dalam pertandingan nanti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan