i. Bayar Yuran
Seorang pemimpin persatuan sedang memberi ucapan di hadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajipan membayar yuran persatuan dengan rela hati.
“Adalah menjadi satu penghormatan bagi kia jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman’ kata pemimpin dengan penuh hemah.
Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan.
“ Oh syukurlah kepada Tuhan…mulanya saya ingat yang yuran mesti dibayar dengan wang”
ii. Jenama Didi
Seorang jurujual sedang mempromosikan produk syarikatnya kepada pelajar sebuah kolej. Sebelum mengesyorkan produknya beliau terlebih dahulu bertanyakan produk yang digunakan oleh pelajar tersebut.
“ Sabun apa yang anda guna selama ini?”
Dengan selamba pelajar itu menjawab “ Sabun Didi.”
“ Kalau syampu anda guna syampu apa?”
“Syampu Didi”, jawab pelajar berkenaan.
“Bagaimana dengan pencuci muka dan minyak rambut?”
“ Pencuci muka Didi dan minyak rambut Didi”, jawabnya lagi.
Dengan rasa kecewa jurujual itu bertanya lagi, “Saya tidak pernah dengar jenama Didi, produk dari mana tu?’ Tanya jurujual dengan rasa ingin tahu.
Bukan jenama tetapi barang kawan sebilik saya, nama dia Didi!
iii. Kadir Kehilangan Keldai
Alkisah, setelah kehilangan keldai, Kadir mengangkat tangan tanda bersyukur kepada Tuhan.
“Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu, aku telah kehilangan keldaiku”. Seorang sahabat telah mendengar kata-kata tersebut dan bertanya.
“Kamu kehilangan keldai tetapi mengucapkan syukur? “
“Aku bersyukur kepadaNya kerana telah mentakdirkan aku tidak menaiki keldai itu ketika ia hilang. Kalau tidak pasti aku pun turut hilang.
iv. Ular Yang Stres
Seekor ular tua yang mempunyai masalah rabun telah menemui doktor. Dia telah mengadu kepada doktor masalah matanya yang semakin teruk. Doktor akhirnya memberinya cermin mata dan menyuruhnya datang selepas dua minggu lagi.
Selepas 2 minggu ular itu datang lagi dan berkata “ Doktor, tolonglah saya kerana saya benar-benar tertekan! “Kenapa tertekan? Cermin mata itu tidak berkesan ke? Tanya doktor dengan kehairanan.
“Sebenarnya cermin mata itu berkesan tetapi yang membuatkan saya tertekan ialah selama ini baru saya tahu bahawa saya telah berkawan dengan paip getah!
v. Keluar Masuk Disko
Seorang ibu muda mengadu kepada kawannya, “Aku terpaksa minta cerai dari suamiku..”
Kawannya lantas bertanya, “Kenapa? Apa masalah engkau hingga nak minta cerai?’
Hampir tiap malam dia keluar masuk disko”, jawab ibu muda itu dengan susah hati.
“Ooohhh…laki kaki disko rupanya ye?” tanya kawannya lagi, mula menunjukkan simpati.
Taklah…tapi hampir setiap hari dia ke sana kerana mencari aku!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan