Pertembungan dua pasukan teratas dalam Liga Super berakhir seri. Terengganu dan Selangor terikat 1-1 dalam pertarungan di SSINS.
Sebaik sepak mula, Terengganu terus menyerbu petak penalti lawan dalam usaha mencari gol. Namun dalam keghairahan menyerang, Selangor sebaliknya di depan menerusi Syafiq Rahim. Gol terhasil pada minit 43 menerusi satu serangan balas.
Sebaik babak kedua bersambung, pasukan Terengganu terus melakukan asakan ke kubu lawan dalam usaha mencari gol penyamaan. Asakan berterusan Terengganu akhirnya menyaksikan Ismail Faruqi memecah kebuntuan jaringan dengan satu 'flying header' cantik hasil hantaran silang tepat Joseph Kallang Tie.
Terengganu terus menekan pelawat dengan penguasaan penuh yang menyaksikan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee langsung tidak memegang bola pada separuh masa kedua. Penguasaan Terengganu bagaimanapun gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan apabila percubaan-percubaan banyak diselamatkan penjaga gol Selangor.
Pemain Selangor yang berkampung di kubu sendiri ternyata menyukarkan pemain Penyu mencari peluang menambah jaringan. Elemen nasib juga tidak menyebelahi Terengganu menyaksikan keputusan 1-1 kekal ke wisel penamat. Pada pandangan aku, Ismail Faruqi layak dinobatkan Man Of The Match.
Dua pemain Selangor terpaksa mengawal kelincahan Ismail Faruqi |
Abdul Manaf Mamat terpaksa ditarik dalam usaha pemain Selangor menyekat kemaraannya |
Ismail Faruqi, penjaring gol Terengganu dan Man Of The Match pada aku |
Dalam pertemuan T-Team menentang Pahang pula, tindakan merehatkan Yunus Alif tidak menampakkan kesan ketara. Game ni tengok live kat rumah je. Malas nak gi stadium sebab mutu permainan rendah. Pemain pun main macam tak semangat.
Zairo melarikan bola dari dua pemain Pahang |
Perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan. Tak banyak yang boleh diperkatakan kecuali tandukan Indra Putra yang berjaya ditepis penjaga gol dan usaha keras Norfarhan Mohamad yang tiga kali bergerak secara solo dalam usaha mencari gol. Peluang terbaik hadir minit 90 apabila sepakan volley deras Indra berjaya ditampan kemas bek Pahang.
Norfarhan bekerja keras dalam usaha mencari gol sehingga terpaksa dikawal tiga pemain lawan |
Keseluruhannya, perlawanan membosankan dengan kawalan bola dan corak hantaran yang tidak kemas. Nampak macam ada pemain yang tidak 100% komitmen pada team.
Carian: Perak 1-3 Kedah
credits to ganusoccer.net