SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Selasa, April 05, 2011

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

PENGENALAN


Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan enam teras strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.1.






Rajah 1.1: Enam teras strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010


Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian serta kebudayaan.

Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan serta berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju tahun 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Peranan guru adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas peluang yang luas bagi mengembangkan potensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-ciri keperibadian serta perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam usaha untuk menjadi negara maju, pendidikan amat penting dan menjadi teras strategik dalam Misi Nasional. Kementerian Pelajaran telah mengatur strategi agar masyarakat Malaysia dapat menghadapi cabaran globalisasi dan mengangkat sistem pendidikan bertaraf dunia. Pelbagai perubahan dan pembaharuan dilaksanakan terutama dalam kurikulum. Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah penubuhan Sekolah Bestari

Sumber: Modul OUM HBML2203

Tiada ulasan:

Catat Ulasan