SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Rabu, April 20, 2011

MALAM YANG BER'SERI'

Pusingan pertama Liga Super Malaysia dilabuhkan malam tadi (19 April 2011) dengan kedua-dua pasukan dari Terengganu, iaitu pasukan Terengganu dan T-Team mencatat keputusan seri 1-1 dengan lawan masing-masing.

1st eleven Terengganu masa lawan Perak di Ipoh

Pasukan Terengganu telah mencatat keputusan seri 1-1 dengan Perak dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh. Perak terlebih dahulu di depan menerusi jaringan kontroversi apabila bola belum melepasi garisan gol setelah pemain Terengganu berjaya menampan dan mengeluarkannya di atas garisan gol. Namun pengadil mengesahkan jaringan tersebut untuk Perak mendahului.

Namun Terengganu berjaya menyamakan kedudukan setelah Abdul Hadi Yahya berjaya menjaringkan penalti setelah Ashaari Samsudin dijatuhkan pemain Perak dalam kotak penalti. Dengan keputusan seri ini, Terengganu kekal di tangga kedua liga ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Selangor.

Satu lagi keputusan seri 1-1 dicatat oleh pasukan dari Terengganu, T-Team. Perlawanan menentang Johor FC di halaman sendiri gagal dimanfaatkan T-Team setelah pasukan selatan tanahair berjaya mencuri satu mata.
T-Team mendahului seawal minit ke-10 melalui Shahrul Ezrain namun Johor FC berjaya menyamakan jaringan sebaik babak kedua bersambung. Malam yang seri untuk dua pasukan Terengganu..


credits to ganusoccer.net