SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Sabtu, April 02, 2011

NOTA PADAT HBPE 2203-SPECIAL EDITION

RUMUSAN TOPIK 1


* Terdapat empat konsep asas dalam ujian dan penilaian, iaitu: kesahan, kebolehpercayaan, objektiviti dan norma-norma.

* Kesahan adalah kriteria terpenting yang perlu dipertimbangkan apabila melakukan penilaian dalam ujian.

* Secara tradisionalnya, kesahan merujuk kepada apa yang hendak dinilai dalam ujian.

* Terdapat dua aspek yang biasa digunakan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan, iaitu: ujian kesahan/kebolehpercayaan berkaitan norma-norma dan ujian kesahan/kebolehpercayaan berkaitan kriteria,

* Terdapat tiga jenis keterangan kesahan untuk ujian berkaitan norma, iaitu: isi kandungan kesahan, kriteria-kriteria kesahan dan bentuk kesahan.

* Ujian kesahan berkaitan kriteria adalah berhubung secara langsung dalam menentukan kelakuan objektif.

* Kebolehpercayaan merujuk kepada konsistensi sesuatu ujian.

* Terdapat empat kaedah untuk menganggarkan kebolehpercayaan terhadap ujian berkaitan norma, iaitu: kaedah ujian-semula, bentuk selari, pembahagian setengah dan Kuder-Richardson Formula 21.

* Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria bermaksud pengelasan konsisten, atau bagaimana konsistennya ujian pengelasan individu sebagai mahir atau tidak mahir.

* Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kebolehpercayaan, iaitu: kaedah pemarkahan, kumpulan yang pelbagai, tempoh masa ujian dan kaedah prosedur yang digunakan.

* Objektiviti tertumpu kepada bentuk kebolehpercayaan dan boleh menentukan melalui ujian semula (dengan individu yang berbeza melakukan ujian) melalui prosedur yang berkaitan.

* Terdapat dua faktor yang mempengaruhi objektiviti, iaitu: kejelasan system pemarkahan dan kadar di mana hakim dapat memberi markah dengan tepat.

* Norma-norma adalah nilai yang berhubung kait dengan keputusan seseorang dalam masyarakat umum. Keputusan tersebut boleh digunakan untuk membuat tafsiran di antara peserta lain.

* Terdapat lima kriteria penting untuk memilih ujian dalam penilaian, iaitu: mudah ditadbir, kos pentadbiran ujian, sumber manusia dan peralatan, memenuhi objektif serta mencabar dan bermakna.

* Terdapat tiga faktor dalam pengurusan dan pentadbiran ujian dan penilaian, iaitu persediaan pra-ujian, semasa perlaksanaan ujian dan selepas ujian itu diberikan (penilaian dan pelaporan).

KATA KUNCI

Diagnosis

Fizikal

Kecergasan

Klasifikasi

Motivasi

Motor

Pencapaian

Pendidikan Jasmani Pengukuran

Penilaian

Penilaian pengajaran dan program

Ujian

Ujian afektif

Ujian daya tenaga asas

Ujian kognitif

Ujian psikomotor

RUJUKAN

James, P,W. (2000). Modern Eduational Measurement: Practical Guidelines For Educational Leaders. USA: A Pearson Education, Co.

Miller, D,K. (2006). Measurement by the Physical Educator:Why and How. University of North Carolina, Wilmington: Mc Graw Hill International Edition.

 
RUMUSAN TOPIK 2

* Statistik adalah satu alat yang digunakan untuk menganalisis data pengukuran yang digunakan bagi tujuan menilai prestasi murid.

* Istilah asas dalam statistik bertujuan untuk memudahkan pemahaman seseorang tentang statistik sebelum mendalaminya dengan lebih lanjut.

* Min adalah kaedah yang digunakan untuk mengukur kecenderungan memusat yang mewakili purata aritmatik suatu set data. Ia dikira dengan mencampurkan jumlah skor dan dibahagikan dengan jumlah bilangan skor.

* Median item tunggal yang paling tengah atau paling memusat dalam sesuatu set nombor. Median juga yang membahagikan set data kepada dua bahagian yang sama besar.

* Mod ialah nilai yang paling kerap berulang dalam set data. Ia diwakili oleh titik tertinggi dalam keluk taburan sesuatu set data. Data hendaklah disusun secara sistematik bagi memudahkan proses pencarian.

* Dalam ukuran pembolehubah, julat ialah perbezaan antara nilai tercerap paling tinggi dan paling rendah. Manakala, sisihan lazim mengira berapa banyak penaklukan dibezakan daripada min kumpulan. Ia juga adalah satu kaedah yang terbaik untuk melihat perbezaan skor di dalam taburan kecenderungan memusat.

* Varian pula digunakan bagi membuat inferen, sama ada sampel yang diambil daripada populasi mempunyai min yang sama atau tidak. Dengan ini, kita dapat membandingkan min lebih daripada dua sampel.

* Lengkok norma dicipta bagi membantu para pendidik untuk memudahkan cara perbandingan markah atau skor seseorang pelajar dengan pelajar yang lain. Segala keputusan yang berasaskan lengkok norma lebih konsisten dan amat sesuai untuk menilai prestasi pelajar dari berlainan kumpulan.

KATA KUNCI

Data

Julat

Kekerapan

Lengkok Norma

Median

Min

Mod

Populasi

Sampel

Sampel rawak

Sisihan lazim

Skor

Statistik

Taburan kekerapan

Ukuran kecenderungan memusat

Ukuran pembolehubah

Varian

RUJUKAN

James, P, W. (2000). Modern Educational Measurement: Practical Guidelines For Educational Leaders. USA: A Pearson Education, Co.

Miller, D, K. (2006). Measurement by the Physical Educator:Why and How. University of North Carolina, Wilmington: Mc Graw Hill International Edition.

Sullivan, M. (2005). Fundamentals of statistics. Upper Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall.


RUMUSAN TOPIK 3

* Kesahan adalah kriteria terpenting yang perlu di pertimbangkan apabila melakukan penilaian dalam ujian.

* Secara tradisionalnya, kesahan merujuk kepada apa yang hendak dinilai dalam ujian.

* Tiga jenis keterangan kesahan untuk ujian berkaitan norma adalah isi kandungan kesahan, kriteria-kriteria kesahan, dan bentuk kesahan.

* Ujian kesahan berkaitan kriteria adalah berhubung secara langsung dalam menentukan kelakuan objektif.

* Kebolehpercayaan merujuk kepada ujian yang konsisten.

* Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria bermaksud pengelasan konsisten, atau bagaimana konsistennya ujian pengelasan individu sebagai mahir atau tidak mahir.

* Objektiviti adalah tertumpu kepada bentuk kebolehpercayaan dan boleh menentukan melalui ujian semula (dengan individu yang berbeza melakukan ujian) melalui prosedur yang berkaitan.

* Norma-norma adalah sekumpulan peserta, yang mana keputusan tersebut digunakan untuk membuat tafsiran di antara peserta lain.

* Kriteria-kriteria pemilihan ujian dalam penilaian kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti adalah mudah di tadbir, kos pentadbiran ujian, sumber manusia dan peralatan, memenuhi objektif, mencabar dan bermakna.

* Terdapat tiga faktor dalam pengurusan dan pentadbiran ujian dan penilaian iaitu persediaan pra ujian, pelaksanaan ujian dan penilaian dan pelaporan.

KATA KUNCI

Kebolehpercayaan

Kesahan

Kriteria

Norma-norma

Objektiviti

Penilaian dan pelaporan

Perlaksanaan ujian

RUJUKAN

Baumgartner, A, T. & Jackson, S, A & Mahar, T, M & Rowe,A, D. (2003). Measurement for Evaluation in Physical Education & Exercise Science. New York, US: Mc Graw Hill, Co.

David, K, M. (2006). Measurement by the Physical Educator: Why and How. New York, US: Mc Graw Hill, Co.

Popham, W, J. (2000). Modern Educational Measurement: Practica Guidelines for Educational Leaders. Gould Street, Needham, MA: A Pearson Education, Co.
 

RUMUSAN TOPIK 4

* Gred adalah satu simbol yang melambangkan perkembangan dan kemajuan, di mana ia bertindak sebagai satu rekod kekal bagi menunjukkan pencapaian pelajar.

* Di Malaysia, sistem penggredan diwujudkan pada tahun 1989 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), dimana penilaian formal telah diperkenalkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi pelajar Tingkatan Satu. Pada tahun ini, markah atau gred bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani telah dimasukkan dalam buku laporan pelajar.

* Kepentingan gred juga dapat memberi maklumat kepada beberapa kumpulan seperti pelajar, guru, pentadbir dan ibubapa. Dengan ini, perkembangan prestasi pelajar dapat diawasi dengan lebih baik dan berkesan.

* Matlamat dan objektif penggredan dalam Pendidikan Jasmani ialah ianya dapat digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi dan memberi maklumat tentang pencapaian seseorang pelajar kepada ibubapa, guru, pentadbir dan pelajar itu sendiri. Dengan menggunakan gred, matapelajaran Pendidikan Jasmani akan dapat mengekalkan status quo di dalam persekitaran sekolah. Gred juga membolehkan para guru menggunakan maklumat bagi memilih pelajar yang terbaik untuk mewakili sekolah.

* Faktor yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani dalam pemilihan gred selalunya berdasarkan tiga domain iaitu psikomotor, kognitif dan efektif.

* Gred terbahagi kepada tiga jenis; iaitu sistem gred tradisional, sistem lulus-gagal dan sistem pemerian atau gambaran.

* Kriteria pemilihan gred mestilah berdasarkan beberapa faktor iaitu gred mestilah berkait rapat dengan objektif pembelajaran, dan gred mestilah mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti.

* Penggredan mutlak digunakan untuk menilai prestasi atau tingkahlaku di dalam kesihatan yang berkaitan dengan kecergasan fizikal, psikomotor, efektif dan kognitif.

KATA KUNCI

Faktor afektif

Faktor kognitif

Faktor psikomotor

Penggredan

Penggredan mutlak

Sistem gred tradisional

Sistem lulus-gagal

Sistem pemerian atau gambaran

RUJUKAN

Douglas, N, H., & Alan, C, L. (2003). Measurement for evaluation in Physical Education & Exercise Science. Massachusetts, US: A Viacom Company.

James, P, W. (2000). Modern eduational measurement: practical guidelines for educational leaders. USA: A Pearson Education, Co.

Miller, D, K. (2006). Measurement by the Physical Educator: Why and how. University of North Carolina, Wilmington: Mc Graw Hill International Edition.


RUMUSAN TOPIK 5

* Kelenturan adalah kebolehan pergerakan sendi badan melalui ketegangan pergerakan maksimum yang tidak bersesuaian.

* Ujian kelenturan selalunya dilakukan untuk mengenalpasti individu yang mempunyai sedikit pergerakan sendi. Mereka juga melakukannya untuk mengenalpasti jika individu tersebut mempunyai kelenturan yang lebih di sesetengah sendi.

* Melalui kelenturan juga selalunya digunakan untuk mengukur tujuan diagnostik. Ramai guru Pendidikan Jasmani percaya bahawa persembahan kelenturan boleh diukur dengan menggunakan gred.

* Ujian jangkauan melunjur adalah untuk mengukur kelenturan dibahagian bawah belakang dan bahagian atas paha.

* Ujian “extension” kepanjangan “trunk” dan tengkuk adalah untuk mengukur kebolehan untuk memanjangkan “trunk” (kelenturan relatif).

* Kekuatan otot adalah mustahak dalam persembahan tahap tertinggi dalam kebanyakan sukan, dan meskipun ia tidak sama tahapnya, ia juga mustahak untuk kesihatan yang bagus.

* Program latihan fizikal yang dilakukan adalah berbeza untuk meningkatkan kekuatan otot dan daya tahan otot.

* Ujian daya tahan boleh diukur dengan daya tahan mutlak di mana bebanan berat digerakkan untuk keletihan adalah sama.

* American Alliance for Health, Physical Education, Recreation and Dance (AAHPERD) pengubahsuaian bangun tubi (AAHPERD,1980) adalah untuk mengukur daya terhadap otot abdomen.

KATA KUNCI

Abduction

Bateri

Dynamometer

Extensibility

Extension

Hyperextension

Kekuatan otot

Kelenturan

Pengukuran daya tahan otot

Pengukuran kelenturan

Prosedur ujian

Trunk

Ujian “extension” Kepanjangan “Trunk” dan tengkuk

Ujian “Pull-ups”

Ujian angkatan bahu

Ujian bangkit/bangun tubi

Ujian gantung bengkok siku

Ujian tekan tubi


RUMUSAN TOPIK 6

* Kecergasan kardiovaskular adalah merupakan keupayaan seseorang untuk melakukan tugas berat secara berterusan bagi satu jangkamasa yang panjang.

* Kecergasan kardiovaskular dikaitkan dengan keupayaan pengambilan isipadu maksima oksigen (VO2 max). Pengambilan isipadu maksima oksigen ialah jumlah isipadu maksima gas oksigen yang digunakan oleh seseorang sewaktu melakukan aktiviti yang meletihkan.

* Skor kecergasan kardiovaskular mengambarkan betapa cekap atau tidaknya jantung dan paru-paru anda bekerja untuk menghantar oksigen ke tisu-tisu dan organ-organ dalam badan bagi menjalankan fungsi masing-masing.

* Ujian dan pengukuran kardiovaskular dinilai melalui Ujian Larian 1 batu dan 1.5 batu, 12 minit dan 9 minit larian, 3 batu berjalan kaki (tanpa larian) dan 12 minit ujian berenang.

* Matlamat dan objektif ujian komposisi tubuh badan ialah sebagai perangsang yang penting untuk mencapai berat badan yang unggul.

* Selain itu, ia juga membantu generasi sekarang dalam pendidikan berkaitan masalah kegemukan dan cara untuk mengatasinya. Dengan ini, kadar obesiti dapat dikurangkan dan ia secara langsung membentuk masyarakat yang lebih sihat dan cergas.

* Fungsi ujian dan pengukuran komposisi tubuh badan ialah untuk memperkembangkan kecergasan fizikal yang sempurna dan memantau perkembangan pembangunan otot-otot dan jumlah lemak badan yang hilang hasil daripada bersenam. Ia juga dilihat sebagai satu alat untuk meningkatkan prestasi atlet-atlet.

* Kaedah dalam ujian dan pengukuran dalam komposisi tubuh badan adalah praktikal dan tidak melibatkan kos yang tinggi.

* Terdapat dua teknik yang digunakan untuk mengukur tahap lemak pada badan dan ianya sering digunakan oleh golongan profesional dalam bidang kecergasan iaitu menimbang di dalam air (hydrostatic weighing) dan ujian lipatan kulit ( skin-fold caliper).

KATA KUNCI

Hydrostatic Weighing/Menimbang dalam Air

Kecergasan Fizikal

Pengukuran Kardiovaskular

Pengukuran Komposisi Tubuh Badan

Peratusan Lemak Tubuh

Ujian Lipatan Kulit/Skin-fold CalipeR


RUMUSAN TOPIK 7

* Kuasa adalah kebolehan yang berupaya memaksimumkan daya dengan mengambil masa yang minimum.

* Dua jenis kuasa akan diukur iaitu kuasa individu yang terlibat dalam olahraga dan kuasa kerja.

* Daya dihasilkan melalui kekuatan otot (kekuatan adalah komponen kuasa) dan kelajuan adalah kepantasan daya digunakan.

* Kuasa selalunya dianggap sebagai ciri-ciri untuk menjadi atlet yang bagus, tetapi ia selalunya memerlukan keupayaan kuasa apabila melakukan aktiviti seharian.

* Ketangkasan, merujuk kepada kebolehan manuever badan, adalah kebolehan untuk kerap kali bertukar kedudukan dan arah badan atau bahagian badan.

* Ujian ketangkasan selalunya mempunyai tiga jenis iaitu larian menukar arah, menukar kedudukan badan dan menukar arah bahagian badan.

* Ujian ketangkasan sebaiknya digunakan untuk tujuan diagnostik, bagi mengenalpasti individu yang mempunyai ketangkasan yang kurang bagus.

* Ujian ketangkasan juga kadang-kadang digunakan untuk mengklasifikasikan pelajar bagi sesetengah aktiviti atau sukan, tetapi ujian diukur dalam kemahiran di dalam aktiviti atau sukan haruslah digunakan untuk tujuan pengelasan.

* Bateri dan prosedur ujian dan pengukuran ketangkasan ialah larian boomerang kekanan atau ‘Right-Boomerang Run’ (Gates & Sheffield, 1940) dan langkah kesisi atau Sidestepping. (North Carolina Motor Fitness Battery, 1971) dan larian Zigzag Barrow (Barrow & McGee, 1979).

* Imbangan adalah kebolehan untuk mengekalkan equalibrium menentang daya graviti. Secara asasnya, terdapat dua jenis imbangan, iaitu statik dan dinamik.

* Bateri dan prosedur ujian dan pengukuran imbangan ialah ujian imbangan statik (Johnson dan Nelson 1986), Ujian Kayu Bass (kaedah kepanjangan) (Bass, 1939), Ujian kayu bass (kaedah silang) (Bass, 1939), dan ujian keseimbangan dinamik.

KATA KUNCI

Langkah ke sisi (Sidestepping)

Larian boomerang ke kanan/Right-Boomerang RunA

Larian Zigzag Barrow

Lompatan berdiri penuh

Pengukuran imbangan

Pengukuran ketangkasan

Pengukuran Kuasa

Ujian imbangan statik

Ujian kayu bass kaedah kepanjangan

Ujian kayu bass kaedah silang

Ujian keseimbangan dinamik


RUMUSAN TOPIK 8

* Kepantasan ialah kebolehan untuk melaksanakan pergerakan di dalam jangka masa yang pendek seperti yang dilakukan semasa larian pecut.

* Masa tindak balas ialah satu jangka masa yang diambil untuk bergerak dan bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian. Ia selalu dikaitkan dengan faktor deria penglihatan dan pendengaran. Kebolehan dan keupayaan seseorang itu bertindak secepat mungkin dapat membantunya ketika dalam kecemasan.

* Matlamat dan objektif bagi pengukuran kepantasan dan tindak balas ialah untuk membantu murid memahami keseluruhan kecergasan fizikal dan membantu murid dalam membuat keputusan tentang masa depan mereka didalam aktiviti fizikal.

* Objektif ujian pengukuran kemahiran sukan ialah mempertingkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan berasaskan kemahiran sukan. Ia juga meningkatkan kemahiran dan strategi supaya perlakuan dapat dilaksanakan dengan tepat dan memberi pendedahan kepada murid-murid kepada pelbagai kemahiran sukan.

* Aktiviti pergerakan dan ritma yang boleh meningkatkan kercergasan dan sangat menyeronokkan. Ia juga adalah pergerakan berkoordinasi dan bersifat estetik. Pergerakan boleh dilakukan secara individu, berpasangan, atau berkumpulan dengan alatan atau tanpa alatan secara licin dan berterusan.

* Pergerakan terdiri daripada tiga bahagian pergerakan asas; iaitu pergerakan lakomotor, pergerakan bukan lakomotor dan pergerakan manipulatif.

* Matlamat dan objektif pengukuran pergerakan dan ritma ialah dapat melakukan pergerakan asas dengan teknik yang betul, mengikut tema, dengan menggunakan alatan yang sesuai. Aktiviti ini juga dapat menghilangkan tekanan dan dapat mengelakkan daripada berlakunya stres.

 
RUMUSAN TOPIK 9

* Ujian persepsi motor adalah bagi menguji kebolehan kanak-kanak untuk menyatukan maklumat pancaindera dengan pengalaman lepas untuk membuat keputusan tentang pergerakan.

* Komponen persepsi motor yang lebih tepat termasuklah keseimbangan, kedudukan dan kesedaran lokomotor, pengertian gambaran, pengertian pendengaran, pengertian kinestetik, pengertian deria rasa, kesedaran badan dan bahagian sisi dan a rah.

* Program Pendidikan Jasmani yang kukuh adalah mustahak bagi setiap pembangunan motor untuk kanak-kanak.

* Sebelum melakukan ujian secara rasmi terhadap pelajar kurang upaya, biasakan diri anda dengan bentuk atau cara lakuan motor asas.

* Persediaan pengukuran bagi sesetengah kemahiran seperti larian, meloncat, keseimbangan, menangkap, membaling, memukul objek dan sepakan mungkin dilakukan dengan cara skala kedudukan, dengan pelajar melakukan kemahiran sementara anda memerhatikan kemahiran tersebut.

* Bateri dan prosedur ujian dan pengukuran persepsi motor adalah Tinjauan Persepsi Motor Purdue (Roach & Kephart, 1966), Ujian Persepsi Motor Ayres Southern California (Miller & Sullivan, 1982) dan Ujian Persepsi Motor Andover. (Nichols, Arsenault, & Giuffre, 1980).

* Kinestetik adalah kebolehan untuk fahami kedudukan posisi badan dalam ruang dan hubung kait antara bahagian-bahagiannya (Singer, 1968).

* Seseorang dengan kepandaian kinestetik juga mempunyai koordinasi yang baik, boleh menjadi mahir dalam kemahiran motor dan fizikal, dan kebolehan untuk menggunakan kemahiran tersebut untuk komunikasi dihasilkan.

* Mempunyai kebolehan dalam kinestetik juga melibatkan lima deria rasa.

* Kinestetik secara amnya mempunyai koordinasi tangan dan mata serta teknologi adalah peralatan yang bagus sewaktu belajar.

* Bateri dan prosedur ujian dan pengukuran kinestetik adalah Pengukuran terhadap Proprioseptif Tangan ( Wycherley, Helliwell & Bird ) dan Penilaian Kesan Latihan Kinestetik terhadap Tulisan Tangan terhadap Pelajar Gred Satu (Sudsawad, Trombly, Henderson & Tickle-Degnen).

KATA KUNCI

Kinestetik

Pancaindera organ

Pengukuran persepsi motor

Persepsi motor

Tinjauan Persepsi Motor Purdue

Ujian persepsi motor Ayres Southern California

Ujian persepsi motor Andoyer
 

RUMUSAN TOPIK 10

* Ujian aptitud adalah untuk mengukur kebolehan atau potensi kebolehan dan tanda-tanda kejayaan terhadap tugas berkait dalam masa hadapan.

* Borang yang selalunya digunakan untuk menilai ujian aptitud adalah untuk menghakimi perjanjian persekolahan dan sesiapa yang menggunakan pekerjaan dan pendidikan kaunseling.

* Jumlah markah bagi ujian aptitud selalunya digunakan dalam situasi kaunseling untuk menilai perjanjian dalam muzik, mekanikal dan artistik di kalangan mereka.

* Ujian aptitud seharusnya digunakan untuk sesiapa yang mempunyai maklumat lepas tidak lengkap, mempunyai konflik atau tarikh yang tidak sesuai bagi kehidupan pelajar.

* Ujian pencapaian dilakukan untuk menerangkan keadaan sebenar bagi pembelajaran.

* Kebijaksanaan adalah fikiran daripada ramai aptitud umum.

* Attitud merujuk kepada perasaan tentang objek sosial yang khusus, fizikal objek, jenis-jenis manusia, pengkhususan manusia, institusi sosial dan polisi kerajaan.

* Attitud secara amnya diukur dengan menggunakan skala yang memerlukan pelajar bersetuju atau tidak bersetuju dengan kenyataan.

* Senarai attitud berskala dengan pelbagai kenyataan dapat menyampaikan perasaan seseorang tentang attitud terhadap sesuatu objek.

* Alat psikologi yang selalunya digunakan adalah dengan kenyataan perkataan yang positif dan negatif. Kenyataan perkataan negatif hendaklah markah berbeza dengan susunan untuk menggambarkan niat reponden tersebut.

* Bateri, prosedur ujian dan pengukuran ketangkasan adalah Skala Attitud Pendidikan Jasmani Adams (Adams 1963), Skala Attitud Wear (Wear 1955) dan Skala Attitud Kenyon (Kenyon 1968a, 1968b).

* Memotivasikan diri sendiri adalah sifat personaliti yang berkait dengan tabiat bersenam.

* Sifat psikologi adalah bentuk yang kukuh.

* Bateri, prosedur ujian dan pengukuran personaliti adalah Skala Perangai Kedudukan Blanchard (Blanchard 1936) dan Senarai Memotivasikan Diri Sendiri (SMI) (Dishman dan Ickes 1981).

KATA KUNCI

Aptitud

Attitud

Pengukuran aptitud

Pengukuran attitud

Pengukuran personaliti

Personaliti

Senarai memotivasikan diri sendiri atau SMI

Skala attitud kenyon

Skala attitud pendidikan jasmani Adams

Skala attitud Wear

Skala perangai kedudukan Blanchard


Sumber: Modul HBPE2203 OUM

3 ulasan:

  1. Salam cikgu...bagus maklumat ni..tahniah dan terima kasih..blh ke sy minta di masukkan norma , kesahan dan kebolehpercayaan utk shoulder test? t.kasih dgn info ini.

    BalasPadam
  2. salam , , bole xsaya nak taw kesahan dan kebolehpecayaan ujian tindak balas ??harap dapat kongsi sama . .

    BalasPadam
  3. terimakasih boss!... sekurang-kurangnya dpt bantu kekalkan ingatan saya...

    BalasPadam