SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Ahad, Mei 15, 2011

KEBANGKITAN MENAKJUBKAN DI DARULMAKMUR

King Of Comeback..Mungkin gelaran yang paling tepat untuk menggambarkan pasukan Terengganu musim ini. Ini terbukti dalam beberapa perlawanan terdahulu. Ketinggalan di separuh masa pertama namun bangkit dengan menakjubkan pada 45 minit berikutnya.

Perlawanan dengan Harimau Muda A menunjukkan Terengganu ketinggalan seawal minit ketujuh. Kedudukan ini kekal sehingga separuh masa pertama berakhir. Namun Penyu bangkit membenam Harimau Muda A dengan keputusan 3-1.

Perlis menjadi mangsa seterusnya. Skrip yang hampir sama berlaku dengan Terengganu ketinggalan 0-1 di penghujung babak pertama namun menang juga dengan keputusan 3-1. Perlawanan menentang Selangor pula menyaksikan Terengganu ketinggalan sejurus sebelum babak pertama berakhir. Namun watak pemain Penyu bertukar garang dengan menggempur kubu musuh bertalu-talu dan akhirnya mampu menyamakan kedudukan. Sehinggakan penjaga gol Terengganu ibarat berehat di pintu golnya sedangkan penjaga gol lawan tidak putus dipaksa bekerja keras. Cuma nasib tidak menyebelahi Terengganu untuk mencari gol kemenangan.

Pertembungan menentang Pahang dalam aksi separuh akhir pertama sekali lagi menunjukkan kebangkitan hebat Terengganu. Ketinggalan 2-0 sejurus tamat separuh masa pertama, Penyu mengasak hebat pada baki 45 minit dan akhirnya mampu mencetak 3 gol berharga di tempat lawan untuk kemenangan mutlak 3-2.

Pertembungan derby Pantai Timur memang sentiasa menarik minat penonton untuk hadir ke stadium apatah lagi aksi separuh akhir. Seramai 15 000 penyokong dengan 90% adalah penyokong setia Penyu memenuhi setiap inci stadium. Pintu masuk stadium diserbu seawal jam 5.00 petang.
Suasana di pintu masuk Stadium Darulmakmur, Kuantan
Perlawanan separuh masa pertama berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan melancarkan gerakan untuk mencari kelebihan awal. Pahang terlebih dahulu di depan menerusi sepakan percuma yang membias benteng Terengganu sehingga Sharbinee Allawee tidak mampu berbuat apa-apa.
Banner yang menaikkan moral pemain
Terengganu yang cuba mengasak mengakibatkan bahagian benteng terdedah dan kesempatan ini diambil Pahang untuk menghasilkan gol kedua menerusi satu serangan balas. Tamat 45 minit pertama, tuan rumah selesa mendahului 2-0 untuk bekalan pada aksi kedua di Kuala Terengganu.
Gol pertama Terengganu
Sebaik babak kedua bersambung, Terengganu terus menekan kubu Tok Gajah. Namun usaha ini gagal membuahkan hasil kerana sama ada diselamatkan penjaga gol atau percubaan yang lemah dan tersasar.
Irfan Bakti membuat dua pertukaran dengan memasukkan Wan Alif Jasmi menggantikan Hadi Yahya dan Nordin Alias mengambil tempat Joseph Kallang.

Pertukaran ini pantas membuahkan hasil apabila Mohd Ashaari Shamsuddin meledakkan gol pertama yang membangkitkan semula penyokong Terengganu.
Wan Aliff Jasmi melarikan bola dari kawalan pertahanan Pahang
Pemain gantian, Wan Alif Jasmi menanduk masuk gol kedua Terengganu untuk menyamakan kedudukan membuatkan penyokong tuan rumah kaku dan terkedu. Gol dari super sub Terengganu ini terhasil menerusi larian deras bek kiri Penyu, Zubir Azmi. Setelah meninggalkan dua pertahanan Pahang dengan larian dersnya, Zubir melepaskan rembatan kencang yang cuma mampu ditampan penjaga gol Pahang. Wan Alif mengambil kesempatan dengan menanduk masuk gol penyamaan pelawat pada minit ke-83.
Gol penyamaan Wan Aliff
Terengganu yang tidak jemu menekan kubu tuan rumah akhirnya berhasil menemui gol kemenangan sekali lagi menerusi penyerang berbisanya Mohd Ashaari Shamsuddin pada minit ke 88. Gol terhasil apabila bola sepakan sudut oleh Ismail Faruqi ditanduk kemas Saha menyaksikan gegak gempita penonton pelawat di stadium.

Pesta penyokong pelawat berterusan di luar stadium apabila deretan kenderaan berhenti di tepi jalan raya dengan peminat bersorak gembira sambil mengibarkan bendera Terengganu dan membunyikan hon masing-masing. Semoga pertemuan pusingan kedua berpihak kepada Terengganu dan layak ke final. Amin..

credit to ganusoccer.net