SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Ahad, Mei 15, 2011

MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Sekolah Kebangsaan (SK) merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Dengan kata lain SK perlu diperkasakan supaya setanding dengan sekolah-sekolah lain seperti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Agama. Dalam usaha untuk memperkasakan SK, Program PemBestarian Sekolah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) secara berperingkat-peringkat.

Bagi memperluas penggunaan ICT di sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia mensasarkan agar semua SK dilengkapi dengan infrastruktur, peralatan dan perisian yang mencukupi, serta guru dan kakitangan mendapat latihan yang sewajarnya untuk memastikan pengintegrasian ICT berlaku dalam P & P dan urusan pentadbiran sekolah. Pelaksanaan pemBestarian sekolah merangkumi tiga dimensi iaitu (rujuk Rajah 1.7):

Rajah 1.7: Tiga dimensi yang dirangkumi oleh pelaksanaan pemBestarian sekolah

Ketiga-tiga dimensi ini menjadi pemacu dalam meningkatkan keberkesanan P & P dan pengurusan sekolah kebangsaan dan mewujudkan sekolah-sekolah perkasa (Rajah 1.10).

Dasar memperkasa SK diwujudkan bagi memastikan semua sekolah rendah yang berbahasa pengantar Bahasa Melayu dan Sekolah Menengah kebangsaan menjadi sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia. Matlamat dasar adalah untuk memupuk dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan pelajar. Justeru itu, pelajar dilatih agar hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta bertoleransi yang tinggi selaras dengan aspirasi nasional. Di samping itu meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana, disiplin, sukan, penguasaan ICT, kualiti guru serta kepimpinan sekolah. SK yang diperkasa akan diterajui oleh pengetua atau guru besar yang mempunyai ciri kepimpinan yang berkesan, kumpulan guru daripada pelbagai kaum yang cekap dan komited, mengeratkan hubungan dan penglibatan ibu bapa dengan warga sekolah. Selain itu SK mempunyai infrastruktur yang lengkap bagi melahirkan pelajar yang tinggi pencapaian akademik dan kokurikulum serta sahsiah yang cemerlang. Ciri-ciri tersebut ditunjukkan dalam Rajah 1. 8 di bawah.

Rajah 1.8: Sekolah Perkasa

(Dipetik dan diubahsuai daripada RMK9, PIPP, Kementerian Pelajaran Malaysia, Edisi Pelancaran 2006)


Dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, SK merupakan wahana terbaik untuk memupuk perpaduan kaum daripada peringkat awal persekolahan kanak-kanak. SK perlu diperkasakan untuk mencerminkan budaya Malaysia, mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah, mempunyai persekitaran yang kondusif, budaya kerja yang positif dan mampu menawarkan program pendidikan yang berasaskan pelanggan bagi menarik ibu bapa dan pelajar dari pelbagai latar belakang, kaum serta agama untuk belajar di SK.

Dalam konteks yang lebih luas Sekolah Bestari merupakan satu agenda utama dalam PIPP untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dalam persada dunia pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti P & P, keberkesanan perguruan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru.



Sumber: Modul OUM HBML2203

Tiada ulasan:

Catat Ulasan