Pertemuan dengan Pahang merupakan pertemuan keempat kedua-dua pasukan berjiran pada musim ini, dengan 3 pertemuan sebelum ini kemenangan mutlak milik pasukan Penyu. Dalam pertembungan di SSINS, Terengganu yang menguasai perlawanan membuka tirai jaringan menerusi Ashaari Shamsuddin pada minit ke-14. Penjaring terbanyak Terengganu setakat ini, Abdul Hadi menambah gol kedua pada minit ke-20.
Menuju ke bilik persalinan, Terengganu selesa mendahului Pahang 2-0. Babak kedua berlangsung dengan Terengganu terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Tok Gajah. Hasilnya, Hadi menambah gol ketiga Terengganu dan kedua peribadi pada minit ke-53. Hadi melengkapkan hatrik pada minit ke-57 membuatkan penyokong tuan rumah berpesta di SSINS. Pesta gol tuan rumah diteruskan Manaf Mamat yang menjaringkan gol pada minit ke-77. Terengganu seharusnya mampu untuk terus berpesta sekiranya beberapa peluang keemasan berjaya dimanfaatkan pemain.
Hadi dan Saha mengasak penjaga gol Pahang |
Sebaik permainan disambung kembali, permainan kembali rancak dengan kedua pasukan saling menyerang. Kelantan menyamakan kedudukan pada minit 86 namun Indra Putra melenyapkan sorakan penyokong tuan rumah dengan gol kemenangan pada minit ke-97.
Kemenangan T-Team ini meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan di kubu sendiri di hadapan puluhan ribu peminat mereka menjadikan Stadium Sultan Mohamad IV bukan lagi kubu keramat Kelantan.
carian:
Terengganu 5 : 0 Pahang
Kelantan 1 : 2 T-Team
Sabah 2 : 1 Felda
Johor FC 0 : 1 Kedah
K. Lumpur 1 : 1 N. Sembilan
Perlis 1 : 2 Perak
Selangor 1 : 2 Harimau Muda A