SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Ahad, Mei 08, 2011

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SK SEBERANG TAKIR 2011

Satu lagi aktiviti kokurikulum iaitu Perkhemahan Badan Beruniform diadakan bagi peringkat sekolah. Selama 3 hari iaitu pada 5, 6 dan 7 Mei 2011 bertempat di sekolah.

Perkhemahan bermula seminggu awal iaitu pada hari Isnin, 2 Mei 2011 di mana semua peserta bersama guru pemimpin hadir setiap petang bagi menyelesaikan kerja-kerja awal seperti penyediaan lot kawasan, latihan untuk setiap pertandingan, hiasan khemah dan gajet. 

Seramai 150 orang ahli badan beruniform terdiri daripada unit Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Pandu Puteri dan Puteri Islam menyertai perkhemahan kali ini.

Kerjasama semua pihak jelas kelihatan di mana semua pihak bekerja bersama-sama demi menjayakan perkhemahan. Komitmen semua guru, pekerja, EiO, bekas guru praktikum, pengawal keselamatan, pengusaha kantin malahan ibu bapa dan PIBG telah menjadikan perkhemahan ini berjaya.

Walaupun terpaksa membawa bersama anak-anak kecil (kesian tengok anak-anak sampai tertidur atas  bangku simen tunggu ibu kat tapak perkhemahan), tugas dan tanggungjawab tidak sama sekali diabaikan. Tidak kurang juga yang membawa anak bujang yang sama-sama memberi sumbangan dari segi idea, tenaga dan kudrat bagi membantu.

Inilah komitmen yang diberikan oleh guru-guru SK. Seberang Takir dalam merealisasikan perkhemahan. Semoga usaha kita diterima sebagai satu ibadat.
Terima kasih semua...

Tapak Tunas Pandu Puteri

Pengakap

Bertungkus lumus mendirikan khemah

Ahli Puteri Islam pose depan khemah

Upacara Perasmian Pembukaan-serius gila muka aku

Ucapan Perasmian Pembukaan

Malam Persembahan-Band yang didatangkan khas.


credits to EiO SKST for all photo's