SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Rabu, Mei 25, 2011

TERENGGANU TERUS GARANG, T-TEAM MULAI BANGKIT

Irfan Bakti mencongak strategi bersama kapten Marzuki sambil diperhatikan pemain-pamain lain
Terengganu meneruskan rentak kemenangan dalam Liga Super apabila membelasah Negeri Sembilan 3-0 dalam perlawanan di SSINS 22 Mei lalu. Dengan berbaki lima perlawanan, Terengganu di kedudukan ketiga liga kian mengasak dua pendahulu Kelantan dan Selangor. Dengan kejayaan membenam Negeri Sembilan, Terengganu melonjak tangga kedua memintas Selangor dengan mencatat 44 mata; terikat dengan Kelantan dan cuma dipisahkan dengan perbezaan jaringan. Kejayaan Pahang menumbangkan Selangor 2-1 dan Harimau Muda A yang mengikat Kelantan 2-2 membolehkan Penyu terus mendaki puncak liga.
Ashaari cuba mengasak kubu Negeri Sembilan sambil cuba dihalang seorang bek Negeri Sembilan

Dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan, Terengganu menjaringkan gol pada minit ke-24 menerusi Abdul Manaf Mamat. Penguasaan penuh sememangnya milik Terengganu dengan deretan peluang menjaringkan gol namun gagal dimanfaatkan. Manaf terus menjadi duri dalam daging kepada barisan pertahanan Negeri Sembilan apabila menambah gol kedua pada minit ke-52. Ashaari Shamsudin menjadikan Terengganu selesa 3-0 apabila menemui sentuhan pemusnah pada minit ke-63 perlawanan.

Pasukan T-Team pula terus bangkit dengan memalukan Sabah di Likas. Zairo Annuar menjaringkan gol pertama menerusi sepakan bebas di luar kotak penalti. Zairo ni memang 'specialist free kick.' Sabah bagaimanapun dapat menyamakan kedudukan sebelum Nor Farhan menambah gol kedua T-Team untuk memberi tekanan kepada tuan rumah. Indra Putra melenyapkan harapan penyokong tuan rumah dengan gol ketiga T-Team untuk mencatat 3 mata berharga.

Dalam perlawanan ke-22 liga pada 25 Mei 2011, pasukan Terengganu akan bertemu Pahang di SSINS manakala T-Team menentang Kelantan di Kota Bharu. Semoga Terengganu mampu mencatat 3 mata penuh sambil mengharapkan T-Team untuk membenam cabaran Kelantan bagi membolehkan Terengganu menerajui puncak liga.