Setelah mempamerkan kebangkitan dramatik di bumi Kuantan, Terengganu sekali lagi menunjukkan mereka berada dalam kelas tersendiri setelah membenam cabaran Pahang dalam separuh akhir kedua Piala FA di SSINS. Bersaksikan hampir 20 000 penonton, Terengganu menundukkan Pahang 2-0 seterusnya mara ke final dengan aggregat 5-2 setelah menang 3-2 di Darul Makmur.
Sebaik wisel permulaan ditiup, Terengganu terus mengasak kubu Pahang bagi mencari gol awal. Namun kegopohan barisan hadapan dan ketangkasan penjaga gol Pahang menyaksikan beberapa percubaan gagal menemui sasaran. Setelah 15 minit diasak, Pahang kembali menemui rentak menyebabkan asakan Penyu mula mengendur. Namun, tindakan penjaga gol Pahang menjatuhkan Hadi Yahya dalam kotak penalti menyebabkan pengadil perlawanan tidak teragak-agak memberikan penalti kepada Terengganu. Peluang keemasan tersebut tidak dipersiakan Hadi dengan satu rembatan kemas untuk gol awal Terengganu.
Penonton terpaksa berdiri di laluan pejalan kaki kerana setiap inci SSINS dipenuhi penyokong Penyu |
Ketinggalan 0-1 (2-4) secara aggregat menyebabkan pemain Tok Gajah bermain secara agresif. Pemain Pahang mula menguasai perlawanan dengan beberapa percubaan bahaya namun kehebatan Sharbinee Allawee di gawang Terengganu menyaksikan penyerang Pahang kekeringan idea. Kedudukan 1-0 kekal sehingga babak pertama berakhir.
Bersambung di babak kedua, Pahang lebih agresif mencari gol menyebabkan pemain Terengganu terpaksa bertahan. Sepanjang 20 minit pertama babak kedua menyaksikan Terengganu cuma berharap menerusi serangan balas pantas menerusi gerakan licik Ismail Faruqi selaku jeneral di tengah. Hantaran-hantaran kemas Ismail banyak menghasilkan peluang keemasan untuk Terengganu mendahului namun barisan hadapan nampak tumpul tanpa Manaf Mamat yang cedera. Ketangkasan Sharbinee juga menjadikan gawang Terengganu selamat dari dibocori penyerang Pahang.
Irfan membuat pertukaran dengan Hadi dikeluarkan dan digantikan oleh Wan Aliff Jasmi. Joseph Kallang juga ditarik keluar bagi memberi peluang kepada Ahmad Ailim. Hanya seminit diperlukan Ailim untuk menjaringkan gol kedua Terengganu menyaksikan SSINS terus gegak gempita dengan sorakan penyokong tuan rumah. Gol kedua ini juga menyaksikan ombak hitam putih berterusan di SSINS.
Keputusan muktamad, Terengganu 2-0 Pahang. Terengganu layak ke final dengan agregat 5-2 dan akan bertemu satu lagi pasukan Pantai Timur, Kelantan bagi menentukan juara mutlak.
Sedikit kekesalan di SSINS pada malam tersebut ialah tindakan berlebihan FRU (Polis Simpanan Persekutuan) yang bertindak membelasah penyokong tuan rumah hingga mendatangkan kecederaan yang agak serius. Tak tau la apa rasionalnya FRU bertindak demikian. Membelasah penonton yang cuma masuk ke padang untuk memberikan ucapan tahniah sambil memeluk para pemain Terengganu bagi meraikan kejayaan layak ke final. FRU tak tau membezakan situasi selamat atau tidak. Penonton bukan menimbulkan kekacauan sehingga dibelasah. Mereka cuma meraikan kejayaan pasukan. Diulangi meraikan kejayaan pasukan. Adakah situasi tersebut mengancam keselamatan pemain? Mengancam keselamatan di stadium? Pemain pun nampaknya menghargai peminat tersebut. Tapi FRU bertindak di luar batas kemanusiaan. Tidak menggunakan akal untuk menangani situasi tersebut dengan lebih berhemah. Malahan ada di antara FRU yang mencabar penonton dan menunjukkan isyarat lucah jari. Apa nak buat, FRU cuma kelulusan SPM je..Kalau kat England, penyokong yang masuk ke padang cuma dikejar dan ditangkap oleh steward. Langsung tidak dibelasah. Tapi FRU Malaysia? Mentang-mentang la ada kuasa sikit..
Para pemain Terengganu meraikan kejayaan ke final bersama penonton dengan mengelilingi stadium. Masa ni la FRU bertindak macam orang bodoh. FRU ni berani dengan orang Melayu je |
credits to ganusoccer.net